Tuesday, 24 December 2013

Homemade Baby Food Class

Assalamualaikum semua...throwback aktiviti awal disember ..kira kira  2 minggu lepas.
Terima Kasih kat pengurusan Butik Tateh yang sudi jemput Anna datang untuk join class nie...free tau ...
banyak sangat info berguna yang Anna dapat...
sempat snap gambar ngan genius Anas...heheheh malu malu miow pulak...ngeh ngeh ngeh...
Lepas habis kelas terus gi tesco cari barang nak buat Homemade baby food...huhuhuhu...
erk...yang nie bukan untuk baby food ok nie si genius Anas punye...heheheheh

Potato chicken soup with brown rice

Assalamualaikum semua...huhuhu sejak baby genius khalish nie dah boleh makan teruja plak nak buat home made baby food...terima kasih kat Butik Tateh Bandar Baru Bangi yang anjurkan Kelas Home made baby food  tempohari....teruja sangat...banyak info yang sangat berguna dikongsikan oleh Dietitian yang dijemput khas dari HKL...terima kasih juga pada Pn.Shima yang sudi berkongsi ilmu dengan ibu ibu seperti Anna ...
potato chiken soup ....sejukkan dulu ...lepas nie nak blend ngan brown rice
tadaaa...dah blend dan nak bagi baby genius khalish .
macam sedap je...macam best jer...
tengok tu Alhamdulillah....habis licin...genius khalish suka...yeay...
.nanti mama buat lagi ....

Bergaram buluh....

Assalamualaikum semua. ..Alhamdulillah pagi nie cuaca agak baik...dan pagi nie Anna nak kongsi ngan semua tentang satu rangkaian produk berasaskan garam buluh...huhuhu...dah lama perasan produk nie kat dalam fb tapi tak berani nak cuba tapi bila tengok kawan kawan guna dan hasilnya positif so Anna pun nak cuba juga...so pagi pagi lagi dah pergi jumpa my bff Nita sebab nak dapatkan produk nie...bukan ape tengah laku macam pisang goreng panas you all....
 ♥ ♡
 














lepas cuci rambut Anna bancuh Mineral coffee plak...coffee nie pun berasaskan garam buluh ...Garam Buluh?masin ke?...hmmm lepas minum baru tau rasenya yang eksotik dan macam rase coffee coklat yum...sedap tak payah letak gula pun...bancuh satu untuk en.hubby...dia yang bukan peminat kopi pun suka...hehehehehe ...nampak tak mcam bentuk love kat dalam cup tu...

so kalau you all berminat ngan rangkaian produk garam buluh nie boleh refer kat link ni :-
https://www.facebook.com/pages/RS-HealthBeauty/779539792063622

untuk entry yang akan datang Anna akan review pasal coffee , syampoo dan garam buluh...
tungguuuuu...tata...Assalamualaikum...♡♥♡

p/s : pada sesiapa yang berminat nak beli / dapatkan rangkaian produk garam buluh nie boleh tengok kat page fb RS Health Beauty ok ...wassap je dia untuk info lebih lanjut...♡♥♡

Friday, 13 December 2013

Segment Dapur Kawan kawan : Nasi goreng Brown Rice Kanikama

Assalamualaikum semua...fuhh...kesibukkan melanda..saper kata suri rumah banyak rehat...macam macam kene buat tau...mengemas,menyapu,mengemop ,membasuh kain ,sidai kain, lipat kain ,jaga anak dan macam macam lagi...hmmm..dan dek kerana kesibukkan hari nie...cewah alasan le tu...hehehehe Anna masak masakan paling ringkas jer untuk si big boy sebab adiknye tak boleh nak tinggal dalam playpan lama lama....Hehehehe. ..nasi goreng brown rice with kanikama.

Tak banyak bahan pun cuma garlic , butter , green peas , serbuk ikan bilis ,kanikama dan telur
**kalau nak pedas tambah le cili flakes ker chilli paste ke....kalau tak suka brown rice boleh jer pakai beras biasa...

Yogen Fruz





Assalamualaikum semua alhamdulillah hari nie cuaca agak baik dari beberapa hari yang lalu...jadi lepas nie boleh sidai kain dan baju khalish yang dah menunggu di dalam washing machine tu..hmmm nampak tak gambar kat atas tu...ha..inilah frozen yoghurt kegemaran Anna ...hmmm mase mula mula cuba yogen fruz nie terus suka  ..sebab dia sangat sedap you all...

Dan dalam banyak banyak flavour yang ade yang paling Anna suka flavour mint chocolate chip. ..yum yum sangat sedap...dan rase coklat dia...lagi sedap dari coklat Cadbury ..

Segment Dapur kawan kawan : Cheesekut Mizz Uliey ♥♥

Assalamualaikum dan salam jumaat semua... memperkenalkan segment dapur kawan kawan dan untuk entry kali ini Anna nak share resepi one of my bff...Mizz Uliey ♥ (kawan mase form 4 till now and forever and ever and ever)Berape banyak ever da..Mizz Uliey nie rajin masak and baking, best kan kalau jadi jiran Mizz Uliey nie? ...hehehe jangan marah ek Mizz Ulie...nanti tak kiut..Okay kat sini Anna nak share resepi Cheesekut Miss Uliey♡♥♡ :

Biskut marie (kalau nak pakai biskut Oreo pon bole...asal jangan pakai biskut osborne sudah..)
Cream cheese( Mizz Ulie pakai tatura 500g)
Susu pekat manis(setengah tin)
Susu dutch lady(asli)
 dan cara cara nya :
♥Campurkan cream cheese dan susu pekat kemudian pukul adunan, sambil pukul masukkan sedikit2 susu dutch lady(kotak kecik)sampai adunan kembang.
♥Susu dutch lady tengok pada adunan jangan letak banyak sangat takut cair, adunan sedang-sedang tak pekat sangat tak cair sangat.
♥Celup biskut marie dengan susu dutch lady kemudian susun dalam bekas,lepas tu tuang le adunan cheese diatas roti dan  ratakan.
♥ulang step yang pertama sampai habis cream cheese.
♥Bahagian atas boleh deco nak bubuh cokelet chip,oreo @ m&m nak bubuh cornflakes pon boleh.
♥Biskut marie nak gantikan ngan biskut oreo pon boleh ..Macam yang Mizz Uliey buat nie dia campur dua-dua skali..Kalau nak rase cheese lebeh boleh je tambahkan cream cheese lagi....

so pada yang teringin dan nak cuba buat cheesekut  nie cubalah resepi nie...
Selamat mencuba  you alls .♥♡♥♡.

Thursday, 12 December 2013

Ganguan Bekalan Air

KUALA LUMPUR - Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan bekalan air bermula Selasa depan berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu kenyataan di sini berkata, gangguan bekalan air akan bermula pada 8 pagi, 17 Disember manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada 9 malam hari yang sama dan berterusan hingga 8 pagi 22 Disember (Ahad).
Hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli.
Kenyataan itu menyebut ia melibatkan 217,694 akaun pengguna, termasuk di beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Bekalan air di kebanyakan kawasan dijangka pulih dalam tempoh 24 jam selepas kerja-kerja hentitugas itu selesai, namun bergantung kepada kedekatan dengan sumber bekalan.
"Pihak Syabas menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari sumber air khususnya di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam adalah kawasan bekalan air yang terakhir pulih sepenuhnya,” katanya.
Syabas turut menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya kerana tiada lori tangki akan dibekalkan semasa tempoh gangguan itu (kecuali di hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat) memandangkan notis awal telah dikeluarkan.
Sebagai langkah persediaan awal, pihak Syabas telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 66 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta menyediakan 750 buah tangki statik sekiranya diperlukan khasnya untuk kawasan-kawasan yang masih belum mendapat pemulihan selepas 24 jam.
Para pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Berikut adalah senarai kawasan yang bakal terlibat gangguan bekalan air:
WILAYAH KUALA LUMPUR:
1. Kawasan Bukit Kiara: Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti dan Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat Konvensyen Sime Darby.
Sebahagian kawasan Bukit Damansara: Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.
3. Kawasan Segambut: Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung Segambut Dalam; Taman Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung Segambut Gate; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria; keseluruhan kawasan Mont Kiara dan Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta.
4. Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh: Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Jalan St.Thomas; Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Million; Taman Sheng Cheng; Taman Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut Taman Sri Kuching dan Taman Niaga Waris.
5. Kawasan Sentul: Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam; Kampung Chempedak, Kampung Kovil Hilir; Taman Dato’ Senu; Taman Sentul Raya; Sentul Selatan dan Bandar Baru Sentul.
6. Kawasan Jalan Duta: Arkib Negara; Kompleks Kerajaan Jalan Duta; Masjid Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR; Persiaran Duta; Pusat Perkembangan Kokurikulum Stadium Hoki.
7. Sebahagian kawasan Jalan Mahameru: Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit Tunku; Kawasan Tasik Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan Tun Ismail; Jalan Dato’ Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan Kedah; Jalan Selangor; Jalan Johor dan Jalan Negeri Sembilan.
8. Kawasan Sri Hartamas: Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas; Taman Duta Nusantara; Taman Duta Tropika; Hartamas Heights.
9. Kawasan Bukit Sentul: Jalan Kolam Air; Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); The Mall; Hentian Putra.
10. Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Langgak Golf): Hospital Tawakkal; Institut Perubatan Respiratori; Pusat Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital Pusrawi; Jalan Semarak; Jalan Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan Padang Tembak; Flat DBKL Dato’ Keramat; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Sebahagian Jalan Pahang (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Titiwangsa) 11. Sekitar kawasan KLCC: Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre; Menara Maxis; Mandarin Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Pinang.
12. Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan MRR2): Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat Perubatan Gleneagles; Pejabat Kedutaan British; Pejabat Kedutaan Sepanyol; Pejabat Kedutaan Bangladesh; Pejabat Kedutaan Perancis; Pejabat Kedutaan Thailand; Pejabat Kedutaan China; Pejabat Kedutaan Arab Saudi; Pejabat Kedutaan Sri Lanka; Pejabat Kedutaan Russia; Pusat Penyelidikan Getah Malaysia; Jalan Ampang Hilir.
13. Sebahagian kawasan Kampung Baru: Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik; Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub; Jalan Salleh; Jalan Syed Mahadi; Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan Raja Uda Apart; Jalan Raja Uda 2; Lorong Raja Uda 1; Lorong Datuk Abdullah.
14. Semua kawasan berikut: Taman Sri Delima; Kampung Delima; Kampung Stesen; Kampung Batu 4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan.
WILAYAH GOMBAK:
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara Sunway SPK Harmoni 3.
WILAYAH PETALING:
Bandar Baru Sri Petaling; Desa Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai Lama; Kuchai Entrepreneurs Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat Kerinchi; Kampung Kerinchi; Jalan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan; Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan Perindustrian Batu 7 Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10; Seksyen 18; Seksyen 52; Taman Bukit Angkasa; Taman Bukit Indah; Taman Desa; Taman Gembira; Taman Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman Goodwood; Taman Salak Selatan; Taman Sungai Besi; Taman Sri Sentosa; Taman Tan Yew Lai; Bandar Tasik Selatan; Sungai Besi; Taman Perindustrian OUG; Seksyen 51A, Petaling Jaya; Taman Yarl, Jalan Klang Lama; Bandar Baru Bukit Jalil; Taman Naga Mas; Taman Salak Jaya; Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50 hingga SS 2/72, SS2; Sungai Way, SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden; Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM Kinrara; Kampung Bohol; Taman Puchong Mesra; Taman Paik Siong; Seksyen 11 hingga Seksyen 14, Petaling Jaya; Seksyen 16 hingga Seksyen 17, Petaling Jaya; Seksyen 17A, Damansara N/V; Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Petaling Jaya.
WILAYAH KLANG/SHAH ALAM:
Seksyen 25 - Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera; Putra Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 22; Seksyen 25 - Axis; Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; USJ Subang. - Bernama